Tips : Teknik naikkan likers fb page anda tanpa guna fb ads

Aik yeke? Bukan nak naikkan like mesti guna fb ads ke?

Haa! Anda SILAP BESAR dah ni..

Ada jugak teknik yang anda boleh gunakan untuk naikkan like di page tanpa perlu guna fb ads lansung tau..

Teruskan baca ye…

Sebelum tu, tips yg bakal Kiz nak Share Sekarang kat anda ni KHAS untuk bisnes makanan tau..

Contohnya macam cakes, cookies, choc moist, cupcakes dan sebagainya.. Btw, yg bisnes lain pun boleh guna jugak kalau sesuai..

Ok sedia? Seat Belt dah pakai? Enjin dah start?

14237737_1249334655091024_2018761012825913135_n

TEKNIK NAIKKAN LIKE UNTUK PAGE BISNES

STEP 1 : KOREK IDEA

Sekarang, anda kena berfikir sikit apa yang anda nak share di page anda.. Pastikan benda yang anda nak share tu :
– Ada kena mengena dengan bisnes anda
– Benda yang menarik
– Knowledge yang ramai orang tak tau..

Kat bawah sekali nanti Kiz akan bagi link satu page ‘masakan’ yang memang POWER dalam teknik ni..
STEP 2 : AMBIL GAMBAR ATAU BUAT VIDEO
======

Ok contoh lah anda buat bisnes Choc Moist, dan anda rasa hmm tak ramai lagi ni tau cane buat Choc Moist..

So anda pun buat tutorial cara nak buat choc moist

Sekarang anda kena pilih samaada nak gunakan gambar ke video?

Dua-dua ok sebenarnya, kalau gambar anda tinggal ambil gambar untuk setiap step lepas tu edit sikit letak caption..

Kalau video pulak nak kena record lepas tu edit-edit, trim, letak caption dan sebagainya, renyah sikit lah…

STEP 3 : UPLOAD KAT PAGE MAKANAN ANDA
=======

Sekarang upload ke page bisnes anda tu, lepas tu tulis la secara ringkas apa step by step dia..

Lepas upload nak kena buat apa?

Ok kalau like di page anda masih sikit, susah sikit post tu nak viral, so anda kena share di FB Personal anda lepas tu mintak lah kawan-kawan adik kakak abang mak ayah abang long pak long anda share post anda tu…

InsyaAllah lepas tu anda akan lihat ramai mula like n share post anda tu, dan secara tak lansung, page like akan naik..

JAP JAP JAP..

Saya tahu, mesti anda nak tanya soalan ni kan?

======
EH NANTI KALAU SAYA SHARE CARA SAYA BUAT CHOC MOIST SAYA HABIS LAH ORANG TAK NAK BELI???
======

Hmmm..

Part ni yang ramai orang silap faham jugak, anda kena faham benda ni, manusia ni secara lumrahnya TAK MINAT buat benda yang susah..

So instead of betul-betul tak action buat ikut gambar/video tutorial anda tu, diorang lebih suka like & share je sebenarnya..

Lepas tu lagi best,diorang beli je terus dengan anda sebab dah percayakan anda, lagi2 kalau anda pandai buatkan gambar tu nampak sedapnyaaaaa…

Tak faham jugak?

Alaa macam post yg Kiz tengah tulis ni jugak, agak-agak berapa ramai yang tak action buat apa yang Kiz cakap?

Kan? Dalam bisnes ni satu je Kiz nak cakap, bila belajar sesuatu, buat cepat-cepat, jangan tangguh, insyaAllah berjaya..

Oraite next post Kiz nak share tentang Senarai Idea post yang anda boleh gunakan untuk bisnes makanan anda..

P/S : Jangan lupa like fb page Stickiz tau, baru semangat Kiz nak share lagi rahsia-rahsia bisnes yang ramai otai tak nak share..

Leave a Comment