Tips Asas Kira-Kira Produk

Dulu-dulu Kiz buat bisnes main hentam je, yelah, mana ada orang nak ajar kira-kira macam ni.. Lepas tu, bila dah tau, tepuk dahi beb

Baru tau rupa-rupanya selama ni ingat untung banyak lah sangat, padahal RUGI BESAR… .

Tips yang Kiz nak kongsi ni sangat penting tau.. Bukan setakat sangat penting, tapi GILA GILA PENTING!

‘Benda’ ni boleh selamatkan bisnes anda sebenarnya, jangan risau, nanti anda akan tahu kenapa..

sticker-murah-tips-asas-kira-kira-produk-01

BERAPA KOS PRODUK ANDA?

First thing first, berapa kos produk anda? Berapa harga anda dapat dari supplier..

Contoh produk anda choc moist, anda perlu kira untuk setiap 1 choc moist yang anda buat tu,

– Berapa kos bahan
– Kos bekas coklat
– Kos sticker nak tampal kat bekas
– Kos postage (kalau anda bagi free postage)

Kira kos yang terlibat sahaja, yang boleh kira untuk setiap produk.. Contoh kalau anda letak kos oven macamana nak kira kos dia kan..

KOS KOS LAIN YANG TERLIBAT?

Sekarang senaraikan pula kos-kos lain yang terlibat dalam bisnes anda..

Bukan yang terlibat dengan produk sahaja tau, dalam bisnes anda sekali..

Contoh anda jual secara online, mesti anda ada guna internet kan? So bil internet pun kira skali..

Kat bawah ni Kiz listkan kos yang tipikal..
– Sewa Kedai (jika ada)
– Minyak kereta (yang guna untuk bisnes)
– Bil Elektrik Bil Air
– Beli alat tulis
– Upah jiran tolong jaga anak (jika ada)
– Beli topup untuk call customer
– Gaji anda sendiri

Listkan semua yang terlibat dengan bisnes anda.

Tapi jangan termasukkan kos produk yang anda dah listkan sebelum tadi (contohnya kos bahan mentah)

Yang gaji tu wajib masukkan, anda kena tentukan sendiri berapa gaji yang sesuai untuk anda dan setiap hujung bulan jumlah gaji tu sahaja yang anda boleh guna untuk personal..

 

BAGAIMANA PULA DENGAN KOS MARKETING?

Ada buat Fb Ads? Iklan Radio? Edar Flyers? Ataupun selalu belanja client makan untuk promote bisnes?

Senaraikan semua kos yang terlibat.. maksud Kiz, betul-betul semua kos yang terlibat..

Contoh edar flyers
– Kos print flyers
– Kos design flyers
– Kos upah orang distribute flyers

Contoh Buat Fb Ads
– Kos Fb Ads
– Kos upah designer design gambar fb ads

 

BERAPA SALES SEBULAN ANDA?

Hah ni kalau anda tergagap-gagap nak jawab sebab tak tahu berapa sales sebulan ni..

Maknanya anda tak sayangkan bisnes anda..

Anda kena tahu setiap hari berapa sales anda dapat.. Dan kalau boleh ada target berapa nak capai setiap hari, mesti catat hari-hari.

Sales ni macam kayu ukur bisnes anda, bila sales kurang maknanya ada something wrong, ada yang kena baiki.. Daripada sales sahaja macam-macam data anda boleh tengok. Menurun ke naik ke? statik je ke?

Thats Why sangat penting kena tahu sales..

 

FORMULA KIRA-KIRA TEPUK DAHI

Kenapa Kiz kata ni formula tepuk dahi? Sebab ni lah formula yang buat Kiz tepuk dahi lepas discover rupanya bisnes kiz rugi suatu masa dulu..

Sebab tu Kiz beriya nak ajar anda nih.. So ini lah dia formula nya..

Ok sebelum itu mari kita recap semula dulu, jadi sekarang anda dah ada :
– Total Sales Sebulan
– Total Kos Produk
– Total Kos Lain
– Total Kos Marketing

Sekarang, Gunakan formula ini,

Total Sales – Total Kos Produk – Total Kos Lain – Total Kos Marketing = NET PROFIT

Lepas buat kira-kira ni, anda akan dapat jawapannya, untung ke rugi ke? Ke cukup-cukup makan (breakeven)..

Sekarang anda dah tahu ‘STATUS’ sebenar bisnes anda..Anda dah nampak muka sebenar bisnes anda disebalik topengnya..

Masa untuk baiki mana yang patut..

Contoh lepas kira-kira tadi anda dapati anda rugi…

Maknanya sama ada kena naikkan sikit harga produk atau pun kurangkan mana kos yang perlu kurangkan..

Biasanya yang ‘makan’ banyak kos bisnes adalah marketing (dalam kes kiz lah)..

Macam Kiz, rupanya terlalu banyak spend marketing yang tak berbaloi.. rupa-rupanya tak analisis iklan fb betul-betul..

Tapi kalau rasa marketing dah ok, check benda lain pulak, apa lagi yang boleh kurangkan..

Part Readjust ni anda sahaja yang tau apa perlu dibuat.. So samaada anda teruskan rugi atau buat sesuatu..

 

Tak Mahu Terlepas Tips Bisnes dari Kiz?

Klik Sini http://stickiz.com.my/tak-mahu-terlepas-tips-bisnes/

Leave a Comment