Sticker Cermin Kereta

Apa Itu Sticker Cermin Kereta?

Sticker cermin kereta ni maksudnya sticker yang biasa orang tampal di cermin depan atau belakang kereta. Ada juga sesetengah orang panggil ‘Cling Window Sticker’.

Biasanya jenis sticker ini tidak menggunakan gam sebagai pelekat kerana plastic pada sticker kereta itu sendiri yang akan senang melekat dengan jenis cermin kereta. Ianya mudah untuk ditanggalkan, mudah juga untuk dipasang.

Sticker cermin kereta ni ada banyak kegunaan seperti :

  • Sebagai pelekat kediaman / perumahan (biasanya rumah jenis apartment) – untuk mengesahkan parking untuk kereta pemilik rumah.
  • Sebagai pelekat untuk sekolah / institusi / pejabat – memudahkan pengawal untuk kenal pasti siapa yang boleh masuk.
  • Untuk mengingatkan pelanggan (biasanya bengkel servis kereta) – memudahkan pelanggan untuk tahu bila perlu pergi untuk pemeriksaan seterusnya.
  • Untuk letak no telefon bagi kegunaan emergency – biasanya syarikat insurans akan bagi sticker cermin kereta untuk ditampal pada cermin kereta supaya jika berlaku sebarang masalah, senang untuk buat panggilan bantuan.

Siapa yang sesuai guna cling window sticker ini?

  • Management Perumahan / Kediaman / Apartment / Rumah Taman.
  • Management Sekolah / Pejabat Swasta atau Kerajaan / Perbadanan.
  • Pemilik Bengkel Kereta
  • Pemilik Syarikat Insurans
  • Pemilik Bisnes

Kelebihan Utama Sticker Cermin Kereta untuk Pemilik Bisnes

  1. Branding Bisnes

    Anda perasan tak? Kebanyakan syarikat bisnes besar-besar seperti Petronas, Shell, KFC, MC D akan berikan anda stiker kereta untuk ditampal pada cermin kereta anda? Dan untuk menarik minat anda tampal stiker tersebut di cermin kereta anda, mereka akan gunakan ia sebagai contest atau VIP customer contohnya.

    Semua benda tersebut adalah untuk branding sebenarnya. Anda pandu kereta anda dimana-mana orang akan nampak sticker mereka di kereta anda. Dan pastinya bukan anda seorang yang pakai sticker yang sama. Mungkin ada beratus ribu lagi orang lain yang diberikan sticker yang sama.

    Mereka mahukan orang lain supaya nampak logo / branding mereka di merata-rata tempat. Supaya anda susah nak lupa brand mereka.

  2. Marketing & Sales Bisnes

    Ok sekarang bayangkan pula anda sedang lapar (lama tak makan selain lauk-lauk biasa). Lepas tu masa tengah berhenti di trafik light yang sedang merah. Anda nampak ada kereta yang ditampal dengan sticker KFC contohnya.

    Secara anda tak sedar, anda akan terfikir dan mungkin teringat, “Ahaa, KFC.. lama jugak aku tak makan ayam kfc ni.. “. Secara tiba-tiba anda teringin nak makan KFC. Kena pula 2-3 hari sebelum tu anda dah pun ternampak logo branding KFC di signboard, iklan tv dan sebagainya.

    Dan itu lah salah satu faktor kenapa Kiz katakan sticker kereta ni sangat power.

  3. Bayangkan Orang Tengok Brand Anda di Merata Tempat?

    Bagaimana pula jika Sticker Brand anda sendiri pula yang ada di merata-rata tempat orang pergi? Pasti orang ramai akan ingat brand anda sebagai brand yang boleh dipercayai, brand yang bagus bukan?

    Ok sebelum anda buat tempahan sticker kereta ni, anda mesti nak tahu dulu jenis-jenis sticker cermin yang ada betul?

 

3 Jenis Sticker Cermin Kereta (Car Sticker)

A. Face In Sticker.

Face In sticker bermaksud ianya untuk dilihat dari dalam kereta. Contoh paling mudah adalah sticker servis kereta. Perasan tak selepas anda buat servis kereta, akan ada satu sticker petak kecil yang menunjukkan tarikh untuk servis seterusnya? Itu dinamakan face in sticker.

B. Face Out Sticker.

Jenis Face Out adalah yang paling popular digunakan sebagai stiker cermin kereta. Ianya jenis sticker yang boleh dilihat dari luar cermin kereta. Hampir setiap kereta ada sticker jenis face out, iaitu roadtax. Cuma bezanya, roadtax menggunakan gam yang kuat dan Sticker Cermin kereta biasa tidak menggunakan gam (mudah cabut dan tampal). Antara contoh lain stiker jenis ‘face out’ adalah seperti sticker untuk sekolah, perumahan, stiker MC D dan macam-macam lagi.

C. Both Side Sticker.

Seperti yang anda agak sekarang, ‘both side’ bermakna stiker tersebut boleh dilihat dari luar dan dalam kereta. Namun, jarang orang buat stiker jenis both side ini kerana tidak banyak kegunaaan.

 

Kenapa Perlu Buat di Stickiz?

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa perlu buat Sticker Cermin kereta (car sticker) ni di Stickiz? Apa kelebihan stickiz berbanding dengan tempat lain?

Design Cantik.

Ya, design cantik adalah sebab utama mengapa anda perlu buat dengan stickiz. Kerana kami sangat menghargai design dalam marketing. Kerana design yang cantik lah yang akan menarik pembeli untuk beli produk kita. Kami berani bagi jaminan anda akan berpuashati dengan design yang kami berikan.

Pantas.

Selain dari design yang cantik, proses untuk design anda siap hanya mengambil 2-3 hari bekerja sahaja. Lebih menarik, kami boleh editkan lagi untuk anda sehingga puas hati jika ingin buat perubahan pada design draft 1 yang diterima. Proses edit hanya mengambil 1 hari bekerja sahaja setiap kali edit.

Jaminan Wang Dikembalikan.

Hanya di Stickiz, kami berani untuk berikan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% tanpa banyak soal sekiranya ada kesilapan dari pihak kami kerana kami tahu kami hanya berikan yang terbaik untuk anda.

Buat Tempahan Sekarang!

 

 

 

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

 

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

2 thoughts on “Sticker Cermin Kereta

  1. saya Ida, mencari sticker kenderaan untuk kilang. Nama kilang saya STAR PLASTICS INDUSTRIAL CO. SDN BHD. Boleh email saya contoh design yang ada serta harga sekali.

    Terima Kasih

Leave a Comment