Bisnes Tuan Ihsan Episod 1 – Prinsip Mula Bisnes

Hai! Aku lah Tuan Ihsan tu. Kalau tak dapat nak bayangkan macam mana orang nya, bayangkan muka aku ni macam Aaron Aziz je (hohoho). Tapi takpelah, aku try lah lukis muka aku yang sebenar, baru senang sikit korang nak bayangkan muka aku yang hensem ni.

Tapi korang jangan tersilap, kalau yang drama tv isteri tuan ihsan tu orang lain tau. Aku rasa dia saja nak tiru style karakter aku.

Buat masa ni, aku tengah kerja di sebuah syarikat Penerbangan yang paling power kat Malaysia ni. Gempak kan kerja aku?
 
Tapi sebenarnya tak de lah gempak sangat pun. Aku kerja jadi tukang bancuh air je kat sana (siot je si Izz ni letak kerja aku tukang bancuh air). 
Ah lantaklah, ok long story short, aku ni sebenarnya dari dulu lagi minat nak buat bisnes. Tapi disebabkan aku selalu folo fb Puan Ainon Mohd, aku tau apa yang perlu aku buat sebelum aku start bisnes aku sendiri..
 
Yang aku tau,
– Kalau nak bisnes, modal jangan lebih dari RM2000
– Lepas tu jangan pinjam duit bank
– Lepas tu kalau nak lagi bagus, berkuli dulu
– Kena mula dengan bisnes servis kalau takde duit sangat.
 
Ahaaa.. hebat tak aku boleh ingat benda-benda ni? Lah senang je pun, setiap kali ada nota-nota best lalu kat fb aku, aku akan tulis balik masuk dalam phone canggih aku ni je pun, lepas tu hari-hari ulang balik baca je pun… eh banyak nya je pun?
 
Jap, aku belum citer lagi aku nak buat bisnes apa kan?
 
Jap aku fikir jap…
 
HAAAA!!
 
Ok aku ingat nak jual produk sendiri lah, aku nak jual produk yang tumbuh janggut tu sebab janggut aku ni tak tumbuh-tumbuh dari kecik lagi, agaknya sebab aku ni style2 keturunan Aaron Aziz kot?
Jap! Tapi kalau aku nak buat produk sendiri ni, hari tu aku saja usha-usha pun at least kena ada RM10,000. Ish ini dah lari dari prinsip yang aku belajar..
 
Maknanya aku kena lupakan dulu nak buat produk sendiri.
 
Aku kena jual produk orang dulu, belajar dari pengalaman jual produk orang dulu baru, lepas tu baru senang aku nak kuarkan produk sendiri.
 
Tapi kalau jual produk orang pun, stil nak kena beli banyak baru dapat murah.. Hmmm… aku mana ada duit sekarang ni.. gaji pun baru berapa je..
 
Takpe lah, skrol FB jap, eh, Krim Jambang Wak Dodol tengah cari ejen dropship? Wah bia betul?
 
Eh Dropship tu apa?
 
Bersambung……

Leave a Comment