Tips Mula Bisnes 1 – Tips Pilih Produk

Siapa-siapa yang baru nak mula bisnes mesti pening tercari-cari nak jual produk apa.. Tak tau nak mula dari mana betul tak?

Dulu Kiz pun sama je jugak, pening tak tau nak jual produk apa.. Lepas tu main hentam kromo je try produk ni produk tu..Lepas tu mula lah fenomena produk ‘menyorok’ bawah katil… ades

Ok meh Kiz bagi tips untuk pilih produk

5 TIPS PILIH PRODUK YANG SESUAI DENGAN ANDA

1) Modal Bawah RM2000

Ok ini adalah prinsip yang kiz pegang sampai ke hari ni, modal permulaan tolong jangan lebih RM2000 kalau belum pernah jual produk tu..

Pernah dengar fenomena produk tersangkut, berlonggok bawah katil sebab takde orang beli?

Haa tu salah satu kesan bila spend banyak sangat modal untuk produk yang kita belum gerenti ada orang nak beli. WALAUPUN orang lain jual laku keras.. Ya, tak semestinya anda jual akan laku keras…


Lepas tu jangan sesekali hutang dengan bank untuk modal, jangan hutang dengan sesiapa pun kalau boleh..
Modal RM2000 ni adalah modal paling selamat, incase kalau tak laku pun takde lah banyak sangat burn..

2) Validate dahulu permintaan produk.

Sebelum anda pecahkan tabung kucing duit simpanan anda tu, ini ada 1 benda penting yang anda mesti buat dulu.

VALIDATION

Maknanya, kita kena survey dulu produk kita ada permintaan ke tak..

Mintak pendapat suami,isteri,mak, ayah, atok, nenek, kawan, sepupu, ok tak kalau nak buat bisnes ni..

Tempat nak survey pun ada banyak,
– Boleh survey di fb personal
– Boleh survey di tempat awam
– Boleh survey di mana-mana sahaja yang anda rasa orang tu target market produk anda

Contoh survey di fb,
“Siapa sini ada masalah tak jumpa tempat printing yang design dia cantik tapi cepat?”

3) Tentukan siapa target market anda

Haa tuan-tuan dan puan-puan, ini antara yang paling penting ok..

Anda kena tahu produk yang anda nak jual tu, nak jual pada siapa?

Lelaki ke perempuan?
Range umur berapa?
Tinggal di bandar ke kampung?
Kerja ke tak kerja?
Status apa?
Anak berapa orang?

Lagi detail yang anda tahu lagi bagus..

Bila anda tahu target market, baru senang nanti anda nak buat ayat marketing..

Target market ni kalau anda dapat master betul-betul jualan akan jadi kacang sangat… serius!

Jap ni saya share satu artikel ringkas dari tuan Bukhari (pakar bab target market ni)

Artikel ni ringkas je tapi padu…
http://brc.my/3-soalan-iklan/?hai=131

4) Mulakan dengan Dropship kalau boleh

Idea nak jual produk apa dah ada, target market dah ada tapi modal belum cukup la pulak..

Tapi nak jugak start sekarang! (semangat ni)

Ok kalau camtu, apa kata anda try dropship.

Konsep Dropship macam ni tau

1. Anda promote produk tapi produk tu ada pada penjual dropship tu
2. Customer beli melalui anda
3. Baru anda order dengan dropshipper
4. Dropshipper akan hantar terus ke customer anda

Hebat kan?

Anda tak perlu keluar modal pun, biar customer yang bayar modal anda, anda kuar modal marketing je sikit… tu pun kalau buat marketing..

Kalau promote kat fb personal je? Haa..

5) Kalau ada special skill, buat servis dulu

Ini kalau anda ada special talent, Kiz rekemen anda mula dengan bisnes jenis servis dulu sebab modal untuk bisnes servis sangat sangat sangat kecil..

Contohnya,
– Buat servis design
– Servis gunting rambut orang rumah ke rumah
– Servis cuci kereta rumah ke rumah
– Servis cuci tangki (kawan kiz ada buat ni, masyuk beb)
– Servis cuci karpet
– Servis tulis ayat iklan copywritting
– Servis buat custom made perabot
– Uber?

Dan banyak lagi lah… Dah kumpul duit dari bisnes servis tu, baru lah start buat bisnes yang anda nak buat tu..

Kiz pun awal-awal dulu start dengan servis tau, masa tu Kiz buat freelance design je.. Lepas tu bila asyik buat design, ramai pulak client mintak nak print skali..

Dari situ slow-slow Kiz bangunkan stickiz, bermula dengan printing sticker, sekarang dah hampir semua benda Kiz boleh print.

 

Leave a Comment