Bagaimana BIG WHY boleh buat anda kuat.

Baru baru ni viral pasal kes seorang ibu yang sanggup panjat bukit broga 7 hari berturut turut mencari anak beliau yang hilang masa panjat bukit broga.

Kisah ini sangat menyentuh hati. Bukan kerana 7 hari hilang, Tapi semangat seorang Ibu yang sayangkan anaknya.

Dalam rancangan meja bulat sepahtu semalam, Jep tanya kepada si ibu dengan penuh kagum, “Mak cik panjat bukit ni kali pertama atau memang dah biasa panjat?”.

Dengan rendah diri beliau menjawab, “Ini kali pertama dan saya panjat selama 7 hari dengan team penyelamat yang lain”. Lepas tu Jep Sepahtu tanya lagi, “kalau tak keberatan berapa ye umur mak cik sekarang?”. 49 tahun kata si ibu.

Bayangkan bukit broga tu beliau boleh panjat 7 kali.  Bukit broga ni tinggi tau & banyak kawasan yang susah nak panjat, Kiz pernah panjat dengan kawan, memang sangat penat macam ok-ini-pertama-dan-terakhir-aku-panjat. Last Kiz panjat pun tahun 2014 tak silap, sekarang dah 2017.

Jadi, macamana mak cik yang umurnya nak mencecah 50 tahun boleh panjat bukit yang beratus meter tingginya setiap hari?

Beliau ada BIG WHY yang sangat kuat. BIG WHY yang beri tenaga dan kudrat untuk beliau panjat setiap hari tanpa putus asa. BIG WHY yang memberikan signal untuk tidak berputus asa mencari anaknya yang hilang.

Ambil pengajaran ini dah gunakan ia untuk bisnes anda, life anda. Fikirkan apa BIG WHY anda untuk teruskan apa yang anda usahakan. Sebab tu Kiz selalu tekan kan di personal profile facebook Kiz (cari Syaizzal Yunus), buat bisnes pastikan jawab soalan kenapa anda buat bisnes. Kalau buat bisnes sebab nak kaya cepat jangan buat bisnes. Big Why nak-kaya-cepat bukan faktor kebanyakkan jutawan bisnes diluar sana.

Macam Kiz sendiri, reason Kiz buat bisnes printing ni nak tolong orang dapatkan design yang cantik dan printing yang berkualiti sebab Kiz cukup anti tengok design tak cantik. Ye lah design tak cantik macamana pelanggan nak tertarik beli produk kita betul tak?

Sekian bebelan pagi dari Kiz.

P.s : untuk yang tak tau pasal kisah ni, Alhamdulillah pada hari ke-7 kalau tak silap saya, anak beliau telah dijumpai oleh team penyelamat. Syukur Alhamdulillah.

Leave a Comment