Business Card Murah

Business card ni kan, kadang-kadang kita rasa macam tak penting je. Tapikan bagi Kiz, business card ni adalah salah satu medium low cost marketing yang dapat membantu  untuk memperkenalkan bisnes anda kepada umum.

Bayangkan lah,kalau anda dapat undangan ke majlis reunion geng-geng sekolah menengah. Tetiba ada member lama tegur dan bertanya, ” Eh,ko buat apa sekarang? Lama tak dengar cerita”. Haaa,kat sinilah anda boleh tunjuk dan beri business card kepunyaan anda tadi. Silap-silap dengan tujuan sembang kosong,member anda tadi boleh terus jadi prospek. Yang penting,dengan adanya business card,menunjukkan anda serius dalam bisnes.

Sebenarnya,business card ni macam alat pemudah cara jugaklah. Ianya adalah short cut untuk memberitahu bisnes anda kepada bakal pelanggan.

Hokeh,contohnya lah kan. Anda tengah rushing nak hantar anak sekolah.Singgah dekat Petronas sekejap untuk isi minyak. Ada seorang akak manis ni tegur,” Awak yang jual apam sedap tu yea?Akak ingat nak order lah kalau ada jamuan dekat opis nanti”. Sooo,anda boleh je bagi business card untuk mempercepatkan urusan. Bagi lebih dari satu pun takpe. Nanti bolehlah dia berikan kepada member-member pejabat. Mana tahu ada yang berminat jugak kan?Haaa,nampak tak kepentingannya kat situ?

    

Siapa Sesuai Buat Business Card?

Nak buat business card ni tak semestinya owner produk atau pemilik premis sahaja. Sesiapa yang menyediakan servis tertentu atau freelancer pun boleh menempah business card.

  • Owner produk tertentu seperti shawl, jubah dan abaya, produk-produk kecantikan dan lain-lain lagi.
  • Pemilik premis seperti kedai dobi,bengkel kereta, kedai makan dan sebagainya.
  • Team door to door service macam servis cuci carpet ke atau daily maid.
  • Home tutor.
  • Freelance photographer atau MUA.
  • Pemborong makanan atau pakaian.
  • Team sales and marketing contohnya Astro,Coway,Unifi.
  • Perunding takaful.
  • Perunding hartanah.
  • Pemilik homestay.
  • Suri rumah yang berbisnes sendiri macam home baker.

2 Jenis Material Business Card yang anda wajib tahu

1. Business Card jenis glossy

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan business card menggunakan material kertas Art Card. Material art card ni sebijik sama dengan material kad kahwin. Ianya keras dan kuat.

Business Card jenis glossy ni bermaksud ianya material Art Card dengan efek kesan berkilat (glossy). Contohnya bila anda gerak-gerakkan kad tersebut anda akan nampak efek berkilat. Jenis Glossy ni adalah jenis yang paling standard untuk kad bisnes.

2. Business Card jenis matte

Jika Business Card jenis glossy ada kesan berkilat, kad bisnes jenis matte adalah berlawanan dengannya. Kad jenis matte adalah jenis TIDAK berkilat. Terpulang kepada anda samaada lebih berminat dengan glossy atau matte.

Jika tanya Kiz, Kiz lebih berminat dengan Business Card jenis matte kerana ianya kelihatan lebih exclusive.

 

3 Jenis ‘Make Up’ (finishing) business card

Ok selepas kenal pasti jenis material bagaimana yang anda minat, anda perlu tahu jenis finishing apa yang anda mahu tambah. Finishing ini ibarat aksesori tambahan untuk Business Card. Ianya akan membuatkan kad anda kelihatan lebih cantik dan eksklusif.

Tambahan finishing adalah TIDAK wajib. Anda boleh pilih untuk tidak mahu sebarang finishing padaBusiness Card anda.

1. Spot UV

Spot UV adalah efek seakan-akan timbul pada beberapa bahagian pada Business Card anda. Contohnya anda mahu kesan spot uv pada nama anda sahaja.

2. Emboss

Berbeza dengan spot uv, finishing emboss pula ada bahagian yang betul-betul timbul pada kad tersebut. Jika anda lihat dari jauh pun anda boleh nampak ada bahagian yang timbul.

3. Hot Stamping

Hot Stamping adalah bahagian dimana ianya akan kelihatan berkilat yang betul-betul berkilat. Biasanya bewarna GOLD atau SILVER. Jika anda suka Business Card anda nampak exclusive, anda perlu tambah finishing spot uv.

 

Kenapa Anda Perlu Buat Business Card dengan Stickiz?

1. Design yang professional

Untuk menghasilkan business card yang tip top dan berkualiti, kami di Stikiz telah mengambil designer yang pakar dan berpengalaman dalam bab ni. Mereka terdiri daripada yang ada ijazah dalam art and design. Jadi, tak hairanlah jika business card yang terhasil sentiasa memuaskan hati pelanggan Kiz. Ada yang tolong rekemen dekat kawan-kawan lagi tau.

2. Design siap dalam 3 hari bekerja sahaja

Selain itu, Stikiz juga mementingkan kecekapan dan kepantasan dalam menyiapkan tempahan.

Selepas proses perbincangan dan pemilihan business card yang hendak ditempah, Kiz biasanya tidak mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan design.

Biasanya dalam tempoh 3 hari bekerja Kiz sudah boleh menghubungi pelanggan untuk melihat design yang telah siap. Dalam peringkat ini, seandainya ada pembetulan atau penambahan,ianya bolehlah dilakukan.

3. Proses siap yang pantas

Apabila design telah confirm, sekiranya tiada sebarang masalah dalam masa 2 hingga 4 hari bekerja, business card anda dah boleh siap dah.

Anda boleh mengambil sendiri atau sekiranya anda tinggal luar dari kawasan, Kiz jugak menawarkan perkhidmatan pos seluruh Malaysia.

4. Ada Jaminan wang dikembalikan

Jangan risau yea, seandainya ada business card yang rosak , Kiz memberi jaminan pulangan wang kepada anda.

Kiz memang mementingkan kepuasan setiap pelanggan yang berurusan dengan Stikiz. Kiz bersedia untuk menanggung sebarang kerugian.

5. Kad dicetak menggunakan mesin canggih.

Kiz jugak nak beritahu yang business card ini dicetak menggunakan peralatan yang canggih.

Jadinya setiap business card yang dah siap sememangnya jenis yang tahan lasak dan tidak mudah luntur warnanya. Ianya amat bersesuaian untuk kegunaan dalam jangka masa panjang.

Jika dalam masa setahun tu,tak habis pakai lagi tak perlu risau lah jika ianya akan jadi pudar. Insha Allah,kualitinya akan kekal sama macam anda terima di awal pembelian.

 

Senarai Harga Business Card

Berikut senarai harga bisnes kad mengikut jenis material dan finishing. Jika rasa susah untuk faham jadual harga, dinasihatkan whatsapp terus ke 014-9239435 (Shikin). Sales Coordinator Stickiz akan bantu cik buat pilihan yang sesuai.

 

   

Cara Buat Tempahan

 

 

 

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

 

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

Leave a Comment