Banner Bunting Murah

Kedai dah deko lawa ni tapi kenapa orang lalu lalang je. Tak singgah masuk pun. Ada kawan tanya, kenapa kedai takda orang datang, agaknya kena sihir ni katanya. Erkkk..
Baru teringat, Dr. Azizan pernah kata guna bunting dan banner dalam marketing. Ohh patut la Dr. Azizan tekankan pentingnya bunting dan banner ni.

Tengok kedai sebelah ramai orang keluar masuk, rupa-rupanya dia ada letak bunting kat depan kedai. Eh tak boleh jadi ni. Kena buat bunting dan banner juga ni.

Kenapa Perlu Gunakan Banner atau Bunting?

1. Sebagai Medium Untuk Promosi

Setiap tahun mesti korang nak buat sales kan. Tapi macam mana nak bagi tau dengan semua orang pasal sales ni. Senang je, Kiz bagi jalan penyelesaian. Korang letaklah banner depan kedai besar-besar atau kawasan menuju ke kedai korang. Orang yang lalu lalang dari jauh pun boleh nampak.

Ada setengah orang suka snap pic banner sales ni kemudian share kat media sosial macam Fb dan Instagram. Wahhh makin tersebar promosi kedai korang. Jadi viral pulak beberapa hari nanti.

2. Memudahkan Pelanggan Untuk Tahu Apa Yang Anda Jual

Mesti korang pernah tengok kan kedai makan atau cafe letak bunting kat depan kedai dorang. Contohnya Restoran Ikan Bakar Maju tu.Wahhh siap tayang menu sedap-sedap lagi dalam bunting tu. Kita yang tengok pun tak fikir panjang terus saja masuk kedai.

3. Boleh dijadikan signboard kedai jika mahu jimat kos

Setiap kedai diwajibkan letak signboard kan. Hurmm kalau buat signboard kedai ni paling-paling murah kos pun mesti RM1000. Bisnes baru nak mula ni, kalau boleh nak berjimat apa yang patut. Kiz nak bagi tau ni kalau guna banner tak sampai RM150 pun modalnya.

Bila banner dah siap boleh terus upah orang untuk pasang. Dapat jimat banyak duit kos. Senang hati. Bila modal dah banyak baru lah buat signboard ye dok?

4. Jika Risau Bunting terjatuh, Boleh tambah add on.

Kalau korang risau bunting jatuh sebab dilanggar oleh orang, boleh tambah add on T-Stand bunting supaya bunting lebih kukuh berdiri.

Kalau kawasan jenis angin kuat, tempah rollup bunting terus, memang kompem kuat dan teguh. Korang dah tak payah risau bunting terpelanting jatuh. Lepas tu nak kena gigih angkat sorang-sorang, lepas tu jatuh lagi.

 

Bisnes/Produk Apa Sesuai Guna Bunting atau Banner?

– Kedai makan atau cafe
– Spa dan Salon kecantikan
– Kedai buku
– Dobi layan diri
– Butik Pengantin
– Kedai Car Wash
– Butik Pakaian
– Pasaraya
– Pusat Tuisyen / Pusat Servis
– Karnival atau Road Show

 

Apa Beza Banner dengan Bunting?

1. Banner

Ramai orang tertukar atau tak dapat bezakan antara BANNER  dan BUNTING. Mudah saja sebenarnya untuk bezakan. Banner biasanya Melintang manakala Bunting pula biasanya menegak. Banner Biasanya ada lubang untuk ikat tali dan gantung di tempat yang sesuai. Banner biasanya bersaiz besar. Contoh banner adalah seperti gambar di bawah,


(Sumber : Google Image)

2. Bunting

Bunting pula biasanya dalam keadaan menegak. Lebar biasanya 2 kaki atau 3 kaki. Bahagian atas dan bawah bunting ada kayu atau pipe pvc untuk support bunting tersebut semasa digantung. Berikut contoh bunting.

(sumber : google image)

 

Cara Kira Harga Banner atau Bunting.

Jika anda pergi ke mana-mana kedai printing, harga untuk banner dan bunting akan dikira mengikut jumlah kaki persegi. Contohnya anda ingin tempah banner 3 kaki x 6 kaki, bermakna jumlah kaki persegi adalah 18 kaki.

Andai kata harga nya adalah RM2/kaki, bermakna 18 kaki x RM2 = RM36. Mudah bukan kiraannya?

 

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Banner Bunting dengan Kami

1. Design yang professional

Designer Stickiz bukan calang-calang orangnya tau. Ada ijazah dalam Art & Design. Memang jiwa Kiz dah bidang Art & Design ni. So anda tak perlu risau, Kiz boleh jamin mesti cantik punya design banner atau bunting anda.

2. Design siap dalam 3 hari bekerja sahaja

Kiz faham kita sebagai businessman mesti lah busy kan, semua benda mesti nak siap cepat betul tak? Kiz akan siap kan dalam 3 hari bekerja. Cepat kan. Sambil-sambil anda buat kerja tu tiba-tiba eh dah siap dah design? Lepas tu tinggal edit mana yang patut, dah boleh print dah.

3. Proses siap yang cepat.

Sepantas dalam 2-3 hari sahaja selepas korang comfirm design, Kiz akan cepat-cepat siapkan design kemudian print cantik dan kemas untuk korang.

4. Ada Jaminan wang dikembalikan

Jangan risau, jika ada kerosakkan pada banner atau bunting, warna tak cantik ke, bagitau je pihak Stickiz dan kami akan refund duit atau ganti baru kalau sempat. Cuma biasanya kalau gambar blur tu biasanya kami akan warning dulu gambar yang anda bagi kecik sangat saiznya, boleh jadi blur. Kalau kes macam ni kami tak boleh pulangkan lah duit sebab dah warning awal-awal kan.

5. Material Banner / Bunting yang berkualiti tinggi

Nak tau material apa? Kiz gunakan material tarpaulin 720dpi. Semestinya material yang berkualiti tinggi. Gambar cantik dan tulisan pun jelas. Berbaloi tempah banner dan bunting dengan Kiz. Orang tengok dari jauh pun dah kagum dah eh banner siapa lawa sangat ni?

Senarai Harga

Harga Banner

Ingat ya, banner yang biasanya melintang, ada disediakan lubang untuk ikat tali. Biasanya bersaiz 6 kaki x 3 kaki. Harga caj design berbeza mengikut jenis design yang anda mahu, jika tidak banyak details boleh dapat lebih murah. Oh ya, contoh kiraan, jika 6 kaki x 3 kaki = 18 kaki. Jadi 18 kaki X RM2.50 = RM45 lah. Gitu.

Harga Bunting

Bunting pula biasanya menegak. Yang biasa orang guna untuk majlis kahwin tu? Ataupun perasan tak di tiang-tiang lampu jalan, ramai yang gantung bunting untuk promosi lokasi kedai mereka atau promosi bisnes mereka, karnival dan sebagainya.

Addon Tambahan
T-Stand
 RM50/pcs
Proses 2-3 Hari Bekerja

Buat Tempahan Sekarang!

Leave a Comment