Button Badge Murah Printing

Anda pernah tengok tak lencana bulat yang depannya logam,lepas tu belakangnya plastik dan disediakan pin sekali? Haaa,kalau nak tahu itulah yang dipanggil button badge. Jika kita translate ke bahasa mudahnya ianya bermaksud lencana butang.

Biasanya button badge ni kita boleh pakai di baju, pinkan di tudung atau pun satu masa dulu button badge ni trending di kalangan remaja, mereka kumpul dan pinkan dekat beg galas. Ala-ala hipster lah sangat kannn. Tapi yang tu lazimnya jenis kecil-kecil dan comel-comel saiznya.

 

Button badge ni banyak kepentingannya tau. Kadang-kadang ianya diguna pakai untuk kempen-kempen tertentu contohnya kempen untuk breast cancer, hari tanpa aids sedunia, tahun melawat Malaysia dan lain-lain lagi.

Ada juga yang menjadikan button badge sebagai tanda nama atau benchmark untuk kelab atau persatuan. Selain itu, ianya boleh juga digunakan untuk mempromosikan tempat menarik dan sekarang ni kenduri kahwin pun dah ada yang guna pakai tau.

Mereka tempah untuk saudara mara terdekat pengantin pakai. Dekat button badge tu nanti, akan ditulis pengenalan diri contohnya, bapa pengantin ,ibu pengantin ,ibu saudara atau sepupu. Haa..sekurang-kurangnya button badge tu nanti boleh jadi kenangan selepas majlis selesai. Menarik kan?

Siapa Sesuai Gunakan Button Badge?

Hokeh lah, meh Kiz senaraikan button badge ni sesuai untuk siapa. Mana tahu dengan cadangan daripada Kiz ni, memberi ilham untuk anda menempah button badge dengan Stikiz kann. Ewaaahhh.

  • Persatuan atau kelab-kelab. Contohnya Kelab Myvi Most Wanted, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya.
  • Pemilik tempat penginapan. Contohnya homestay. Pengunjung boleh jadikan souvenier selepas habis bercuti.
  • Supermarket atau pusat-pusat jualan. Contohnya untuk loyalty program atau bulan promosi.
  • Badan-badan NGO yang terlibat dengan kerja amal. Boleh dijadikan benchmark untuk urusetia yang terlibat.
  • Crew-crew event atau penganjur majlis tertentu. Contohnya konvoi jelajah Thailand, Hari Keluarga Bank Rakyat, Karnival Mesra Rakyat dan lain-lain.
  • Kenduri kahwin untuk keluarga pihak pengantin.
  • Untuk doorgift majlis pun boleh jugak.

5 Kelebihan Tempah Button Badge di Stickiz

1. Tahan Air

Di stikiz, kebanyakan produk yang kami hasilkan sememangnya kualiti diutamakan. Macam button badge ni,Kiz akan sediakan plastic cover untuk melindungi bahagian hadapan badge yang telah siap.

Jadi, bila ianya terkena air atau semasa majlis berlangsung terkena hujan ke, tak ada lah luntur atau rosak.

Kiranya, button badge ni kalau anda nak simpan dalam jangka masa panjang pun boleh je.Ye lah,Kiz paham kadang-kadang ada dikalangan kita yang suka kumpul benda-benda macam ni. Ala, untuk suka-suka simpan sebagai kenangan.

2. Design Siap Dalam Masa 3 Hari

Jangan risau, jika anda nak tempah button badge ni tapi tak tahu nak design macam mana. Tak apa, serahkan pada Stikiz yang pakar dan arif ni. Cewah.

Kiz menawarkan design yang menarik untuk pilihan anda. Lagipun, di Stikiz kami memiliki designer yang pakar dalam art dan design ni. Anda cuma perlu bagitahu details dari segi tema, warna, ayat dan lain -lain kepada kami.

Dalam masa 3 hari, Kiz dah boleh siapkan design dikehendaki. Mudah dan pantaskan?

3. Ada Jaminan Wang Dikembalikan.

Haa, yang ni pasti anda suka nak dengarkan? Kiz bukan sahaja menjaga kualiti dan mutu produk yang dihasilkan. Kiz juga mengutamakan kepuasan setiap pelanggan yang berurusan dengan Stikiz.

Sekiranya, button badge yang anda terima rosak seperti pin tercabut ke, plastik cover terkoyak ke, warnanya pudar atau tak sama dengan expectation ke, Kiz memberikan jaminan pulangan wang 100% kepada anda.

Ataupun Kiz akan menggantikan semula button badge yang rosak tadi dengan yang baru. Ini bergantung kepada persetujuan pelanggan untuk menerima ganti rugi daripada Stikiz.

4. Boleh pilih tema dan letak nama.

Semasa membuat tempahan, Kiz memberikan kebebasan kepada anda untuk memilih tema warna untuk button badge anda. Contohnya seperti kempen Breast Cancer, anda perlukan tema warna pink dan request untuk letak logo riben pink di atas badge. Jadi, kami akan design mengikut permintaan anda.

Sekiranya anda hendak letak nama anda dan tarikh majlis berlangsung pun boleh jugak. Haaa, bestkan tawaran yang Kiz beri ni?

Di bawah,Kiz ada lampirkan beberapa contoh design untuk rujukan dan panduan anda. Boleh tengok ya.

5.Minimum order yang rendah

Percaya tak, di Stikiz kami menerima minimum order serendah 10 pcs sahaja.

Wahhh, hokeh sangatkan?Harga pun sangat berbaloi dan jimat.

Jadi, kalau anda berminat cepat-cepatlah hubungi no contact yang tertera di bawah ya.

 

Contoh Button Badge yang ditempah di Stickiz

Nota : Kiz Doorgift & Stickiz adalah 1 kedai printing yang sama.

 

Info & Senarai Harga

Saiz : 58 mm (diameter)
Minimum Order : 10 pcs

 

Berminat Untuk Tempahan?

 

 

 

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

 

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

 

Leave a Comment