Kotak Packaging Produk

Seperti yang anda tahu, kos untuk tempahan kotak packaging sememangnya sedikit mahal berbanding sekadar bungkus menggunakan plastik atau paperbag biasa. Anggaran kos untuk tempah kotak packaging biasanya serendah dari RM1.50 hingga RM3.50 untuk jenis biasa dan jika jenis hard cover biasanya RM10 ke atas.

Walaupun begitu, anda kena ingat, apabila anda ada kotak packaging sendiri. Secara automatik produk anda akan nampak professional. Maka, pelanggan sanggup bayar jauh lebih tinggi dari kos yang anda laburkan untuk produk.

Sebagai contoh, pernah dengar Duck Scarves? Ianya adalah produk tudung/shawl dari owner bisnes yang sangat berpengaruh di Malaysia. 1 Shawl di jual pada harga RM150 ke atas dan setiap kali design baru dikeluarkan, pelanggan akan berebut-rebut untuk beli sampai tahap website server mereka down setiap kali pelancaran.


Ada yang siap kumpul buat menara lagi. Yang mereka panggil ‘duck tower’.

Shawl dengan material yang sama dan design yang lebih kurang sama juga ada dijual oleh peniaga-peniaga lain di sama ada melalui medium online atau offline.

Jadi apakah PERBEZAAN BESAR antara Duck Scarves dengan Peniaga lain tadi?

Ianya adalah KOTAK PACKAGING. Dengan adanya kotak packaging, benda biasa akan kelihatan luar biasa.

 

Kotak Packaging sesuai untuk produk seperti :

– Produk Kecantikan
– Produk Kosmetik
– Shawl / Tudung
– Jubah atau Pakaian
– Perfume
– Buku
– Produk jenis DVD, VCD

Kelebihan Kotak Packaging Stickiz

1.Produk Anda Akan Nampak Lebih Professional

Dengan anda kotak packaging KHAS untuk produk anda, pelanggan akan nampak BRAND anda sebagai brand yang professional kerana mereka faham, hanya orang yang serius berbisnes sahaja akan buat kotak packaging sendiri.

 

2. Anda Boleh Naikkan Harga Jualan = Lebih Banyak Untung

Betul. Walaupun kos untuk kotak packaging sedikit tinggi berbanding packaging menggunakan plastik biasa, anda boleh NAIKKAN harga produk anda. Dan yang paling best, pelanggan tidak berkira pun untuk bayar.

 

Contohnya,

– Sebelum ada kotak packaging anda letak harga RM35 per pcs
– Kos untuk 1 kotak packaging RM1.80 (contoh)
– Anda boleh naikkan harga sehingga RM50 (beza RM15 dari harga asal)

Dari situasi di atas, anda perlu keluarkan kos RM1.80 untuk 1 kotak packaging, tapi anda dapat untung RM15 hasil dari pelaburan RM1.80 anda tadi. Dengan adanya kotak packaging, anda dapat buat lebih banyak untung.

 

 

3. Produk Yang Ada Packaging Lebih Dipercayai

Dengan Kotak Packaging, pelanggan akan lebih PERCAYA untuk beli produk anda berbanding produk pesaing. Cuba anda bayangkan ubat gigi tanpa kotak packaging. Brand ubat gigi lain semua ada packaging, agak-agak siapa yang anda lebih percaya nak beli?

 

4. Pelanggan gemar upload gambar bersama kotak packaging

Kalau anda pengguna tegar Instagram, anda akan perasan, ramai orang suka update gambar mereka bersama kotak packaging produk. Pelanggan suka bergambar dengan produk. Dan kebanyakkannya akan letakkan hashtag berkenaan produk tersebut.

Kesannya, produk yang anda jual akan lebih viral. Jika anda lihat instagram pembeli-pembeli Duck Scarves, ada yang kumpul kotak packaging shawl tersebut dan susun bertingkat-tingkat (siap ada yang buat ala-ala menara lagi). Ini lah dia The Power of Kotak Packaging.

 

5. Produk Anda Akan Lebih Selamat Semasa Penghantaran

Antara sebab utama kebanyakkan orang yang buat tempahan Kotak Packaging dengan Stickiz adalah mereka risau produk rosak semasa penghantaran di buat oleh kurier. Bayangkan apabila anda pos produk anda, berapa ramai lagi peniaga lain yang juga pos produk. Dan ada berapa banyak produk dalam satu van pos?

Dengan adanya kotak packaging, anda dapat minimumkan kos kerugian jika produk anda rosak semasa pos.

 

Antara Beberapa Contoh Kotak Packaging Pelanggan Stickiz

              

 

Info Ringkas Kotak Packaging Produk

Disebabkan harga berbeza mengikut saiz, kuantiti & jenis kotak, kami tidak dapat senaraikan harga di sini.

Berikut beberapa info ringkas yang perlu anda tahu sebelum membuat tempahan,

Minimum Order : 1000 pcs
Ketebalan Material Kotak : 310gsm

Cara Buat Tempahan Kotak

Langkah 1 : Tentukan Anggaran Saiz Kotak

Anda perlu ada anggaran saiz kotak yang anda mahu buat mengikut Panjang X Lebar X Tinggi. Namun jika anda tiada idea untuk saiz, anda boleh nyatakan kepada kami berapa besar saiz produk anda dan kami akan cadangkan saiz yang sesuai mengikut pengalaman kami.

Langkah 2 : Pilih Style Kotak

Kotak Packaging mempunyai pelbagai jenis style yang berbeza. Contohnya, ada jenis top bottom, jenis seperti kotak mancis, jenis seperti kotak colgate dan macam-macam lagi. Mungkin anda blur tak tahu mahu buat saiz jenis macam mana bukan? Jangan risau, di bawah kami telah sediakan beberapa style yang ada :

Style Top Bottom

Style Kotak Mancis

Style Top Bottom with Window.

Style Hard Cover

Langkah 3 : Pilih Finishing Kotak

Finishing adalah ibarat ‘makeup’ untuk kotak packaging. Anda boleh pilih mahu tambah atau tidak. Berikut beberapa jenis finishing beserta contoh.

A. Finishing Spot UV – bermaksud ada beberapa bahagian yang akan kelihatan sedikit timbul apabila di pegang. Dari jauh akan nampak berkilat sedikit.

B. Finishing Hot Stamping (single) – Ada bahagian yang berkilat dan berkilau. Biasanya berwarna Gold atau Silver. Contohnya seperti dibawah.
 

C. Finishing Hot Stamping (double) – Sama seperti hot stamping di atas, cuma bezanya, ada 2 warna hot stamping dalam 1 design. Kos untuk double hot stamping biasanya lebih mahal berbanding single stamping. Contoh seperti berikut, perasan tak ada hot stamping warna gold dan juga silver (dibahagian tengah).

D. Finishing Emboss – Bermaksud ada bahagian yang betul-betul timbul (dari jauh dah boleh nampak kesan timbulnya). Lihat contoh seperti dibawah.

E. Finishing Deboss – Deboss adalah lawan kepada emboss. Jika emboss bermaksud timbul. Deboss pula akan berikan efek tenggelam.

Langkah 4 :

Kami akan berikan quotation harga mengikut ciri-ciri kotak yang anda pilih dari Langkah 1 – Langkah 4 tadi. Kemudian baru kita akan bincangkan berkenaan dengan design dan proses seterusnya.

Buat Tempahan Sekarang!

 

 

 

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

 

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

2 thoughts on “Kotak Packaging Produk

Leave a Comment