5 Tips Kekal Fokus & Produktif

Ingat tak baru-baru ni Kiz ada kata nak kongsi pasal cara untuk fokus buat kerja? Siapa yang komen hari tu tak baca siap ye kena rotan. hihi gurau je. Ok jom jangan buang masa, Kiz pun ada banyak kerja nak kena Fokus buat ni..

Sebelum tu, Kiz nak tegaskan, siapa yang dah baca tips ni tolong tolong dan tolong lah take action. Jangan baca saja tau. Benda ni kalau korang buat betul-betul, benda yang biasa ambil masa 3 jam boleh siap 1 jam je. Serius!

 

#1 LETAK TELEPONG TU JAUH JAUH.

Zaman era teknologi yang penuh canggih ni, PHONE adalah MUSUH UTAMA PALING JAHAT yang saja kacau kita, tak nak bagi kita fokus. Kiz bagi contoh ye, anda dah semangat fokus nak buat kerja ni, tiba-tiba TINGG notification fb masuk, anda terus grab hp, swipe unlock, sekadar nak tengok siapa yang like post aku ni?

Setuju tak kalau Kiz cakap, 1 notification tadi tu boleh buatkan kita ‘terlayan’ sampai 1 jam. Kan? Jangan risau dulu Kiz pun sama je macam anda.

So caranya, letak hp tu jauh-jauh sampai kita malas nak bangun g amek. Kalau macam kat ofis letak jauh2 takut orang curi, off je terus pun boleh, ataupun silentkan. Apa pun yang berlaku, jangan layan!

Fokus untuk siapkan kerja dulu kemudian baru belek hp tu. Bila dah mula fokus, kita akan lupa kewujudan hp. Nanti kerja dah siap, boleh belek hp lama-lama. Tengok notification yang berjela-jela tu.

 

#2 BANYAK MINUM AIR MASAK.

Antara sebab lain kita susah nak fokus adalah sebab kurang air dalam badan. Kurang oksigen. Bahasa gempaknya H20. Tu yang cepat mengantuk, tak boleh nak fokus tu. So pastikan ada air mineral kat sebelah kita, kalau boleh di tempat yang senang nak capai.

Nak lagi menarik, isi air mineral dalam botol yang cantik. Kita tertarik dengan botol tu, secara tak sengaja tangan pun capai botol lalu minum. Sampai tak sedar air dalam botol dah habis. Laaa patutlah seronok je masa buat kerja tadi. Anda cukup tenaga rupanya.

 

#3 LISTKAN TASK, PILIH 3 SAHAJA

Ramai yang suka list kan to do list. Ada yang listkan sampai 20 benda nak buat dalam 1 hari. The TRUTH is, kita takkan mampu punya nak buat semua tu dalam 1 hari. Better korang pilih 3 atau 4 je dari total list. Bila list nampak sikit, baru kita semangat nak fokus betul tak?

Nampak list panjang-panjang pasti kita mengeluh, ohh banyaknya kena buat ni. Nanti dulu la kata dalam hati. Alamak takkan nak tangguh kerja lagi. Tulis list cantik-cantik dalam sticky note kemudian tampal kat tempat yang senang kita nampak. Contohnya kat board atau tepi meja. Paling senang kat tepi pc. Comel nampak warna warni tepi pc tu.

 

#4 BUAT YANG PENTING DULU

Tambahan dari tips ke-3 tadi, contoh lah dari 20 task tadi, pilih task yang penting dulu. Kalau pernah baca buku Brian Tracy, dia ada cakap pasal “Eat That Frog”. Maksudnya, buat task yang penting dan paling susah dulu, baru kita bersemangat nak buat task yang seterusnya.

Ramai yang keliru antara PENTING dengan URGENT. Ada beza ye tuan puan, urgent maknanya nak kena siap cepat, biasanya tak penting pun.

Jadi kena seimbangkan mana yang patut di buat dulu. Dahulukan yang penting sebab benda penting perlukan fokus yang tinggi. Dah siap benda penting, anda pun senang hati nak buat yang urgent tu.

 

#5 SETKAN TIMER.

Yezza ini yang paling Kiz suka. Timer. Kiz memang gunakan timer setiap kali nak buat task. Biasanya Kiz akan letak 1 jam. Contohnya nak siapkan 2 design sticker, Kiz akan set kan 1 jam lepas tu fokus macam kalau-tak-siap-2-design-ni-ada-bom-akan-meletup.

Extra tips, selain timer untuk buat task. Kiz buat jugak timer untuk rehat. Contoh bila siap task mesti nak rileks2 online jap, Kiz akan setkan 15 minit timer untuk short break. Bestkan?

Timer ni salah satu cara terbaik untuk tuan puan disiplinkan diri. Kita mesti terasa sungguh-sungguh nak siapkan kerja cepat sebelum timer berbunyi. Terasa ada pendorong untuk terus fokus buat kerja. Sama juga konsepnya masa kita nak jawab peperiksaan. Kita pun fokus nak jawab soalan sebab dah tau berapa banyak masa yang ada.

.
.
Ok diharap tips fokus ni sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih fokus dan produktif. Kiz boleh takkan anda tak boleh?

Silakan #SHARE tips fokus ini jika bermanfaat lepas tu terus tutup fb ok. Kata nak fokus?

P/S : Kiz ada lagi 1 extra tips Kiz akan tulis dalam bentuk ebook (percuma), kalau berminat komen “FOKUS” kat bawah ni haa..

Leave a Comment